12 Oktober 2016

Si Gebu Merah Jambu

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca semua. Hari ini kami ingin berkongsi hasil tangan hijau puteri kami, Cik Amalin, yang mula menunjukkan minat untuk bercucuk tanam, terutamanya menanam pokok bunga. Biasalah, anak-anak lebih tertarik pada hasilnya yang cantik berwarna-warni.
Bunga keembong
Pokok bunga keembong kesayangan Cik Amalin yang menanam untuk suka-suka, juga lebih kepada cuba jaya ini tumbuh subur dan lebat bunganya. Benihnya dipilih sendiri di kedai kegemarannya, kedai RM2.

Antara pokok keembong yang pernah menghiasi LamanComelKami
Paling menjadi kesukaan puteri kesayangan ini ialah me'letup'kan biji benih dari pokok yang telah dewasa di LamanComelKami. Sebelum ini pun ada pokok yang telah tumbuh hasil dari biji benih yang di'letup'kan serata taman, namun si merah jambu ini nampak sangat menjadi tarikan utama Cik Amalin untuk terus berkebun. Setiap kali sebelum ke tadika dan sebaik sahaja pulang, pasti si merah jambu ini dijengah dahulu.
Si Gebu
Tahniah untuk anak ibu, semoga terus ceria meniti hari-hari mendatang. Oh, ya! Seperti juga mainan-mainan kesayangannya yang setiap satunya mempunyai nama, Cik Amalin memanggil pokok keembong ini dengan nama Si Gebu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan