Bermulanya penulisan di blog ini bertujuan untuk berkongsi tentang aktiviti yang dilakukan di LamanComelKami. Kami berharap suatu hari nanti puteri kesayangan kami, Cik Amalin, akan dapat membaca coretan kami di blog ini.
Catatan hari ini dari LamanComelKami mengenai percubaan menanam kurma dari biji. Eksperimen ini hanya untuk suka-suka kerana mungkin ingin menguji samada biji kurma mampu tumbuh atau tidak di laman kami.
Anak pokok kurma |
Bermula kisah kami dan kurma pada Ramadhan tahun lepas, kami mengumpul biji kurma untuk disemai setelah membaca artikel Seri Laman di serilaman.sekolah4u.com/menanam-kurma-daripada-biji
Percubaan kami sememangnya mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel tersebut. Pada 24 jam pertama, kami merendam biji-biji kurma. Kemudian dibersihkan dan direndam lagi selama 24 jam juga. Setelah itu, biji-biji tersebut disemai di dalam bekas bertutup. Di dalam bekas itu, kami letakkan biji kurma di atas tisu basah.
Biji kurma mula bercambah |
Selepas beberapa hari, biji-biji tersebut mula mengeluarkan akar. Setelah akarnya menjangkau 1 inci, kami memindahkan biji tersebut ke medium semaian di dalam pasu-pasu kecil yang direndam di dalam bekas berisi sedikit air.
Anak pokok di medium semaian |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan