11 Oktober 2016

Lebarnya Si Bayam Malabar

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Hari-hari yang dilalui diiringi dengan penuh rasa syukur pada Ilahi atas segala nikmat di dikurniakan kepada kita.

Seringkali malahan setiap kali menjengah penghuni LamanComelKami, hati berbunga-bunga dengan rasa syukur bila melihat perkembangan semuanya. Ada yang semakin subur menghijau, ada yang semakin lebat bunganya juga yang semakin rimbun memenuhi laman.


Hari ini kami kongsikan penghuni baru di LamanComelKami, si bayam malabar yang semakin melebar daunnya. Semasa berkunjung ke Cameron Highlands, kami membeli bayam malabar yang digelar sayur raja oleh peniaga di sana. Dikhabarkan boleh tumbuh melalui keratan batang atau dengan menyemai biji benih. Jadi kami beli juga biji benihnya.


Kami menyemai dengan kedua-dua cara, namun yang paling menambah bunga di hati bila melihat hasil dari biji benih. Pembaca ada perkongsian berkaitan sayur ini? Sila kongsikan dengan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan