Assalamualaikum dan salam hujung minggu untuk semua. Kali ini coretan kami di LamanComelKami berkenaan sesuatu yang dahulunya menjadi idaman untuk laman kami iaitu pergola!
|
Pergola di LamanComelKami |
Kini impian sudah menjadi kenyataan. Walaupun pergola ini ringkas binaannya namun ia mempunyai nilai yang sangat tinggi di hati kami. Inilah pergola hasil tangan Abah kami yang tidak pernah menolak untuk membantu kami terutamanya berkaitan kerja-kerja pertukangan.
|
Semasa proses pembinaan |
Di usia 62 tahun, Abah masih gagah melakukan kerja 'pembinaan' sekeliling rumah bagi memenuhi masa lapang dan melunaskan minatnya yang tertangguh semasa bekerja dahulu.
|
Antara penghuni yang menumpang kasih |
Dengan tertegaknya pergola di LamanComelKami, maka dapatlah penghuni-penghuni laman berteduh. Paling mengujakan apabila melihat White Wonga Vine memanjat pergola dan mempamerkan bunganya yang putih bersih itu.
|
Kesayangan kami |
Pergola yang istimewa menjadi salah satu simbol kepada minat yang kami kongsi bersama. Ia juga menjadi simbol kasih dan naungan dari seorang Abah terhadap keluarganya. Terima kasih, Abah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan