10 Oktober 2016

Sesuci Si Putih Salju (White Wonga Vine)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam sesuci pagi Isnin pembuka minggu yang bakal sibuk bagi semua. Selamat menduduki PT3 khas buat adinda bongsu kami, Cik Husna, semoga dapat menghadapi ujian dengan tenang dan lancar.

Betapa si bongsu yang dahulunya kecil kini telah menginjak remaja mengingatkan kami bahawa setiap ciptaanNya menyimpan seribu satu bukti bagi menunjukkan kekuasaanNya. Bayi yang lahir umpama kain putih kini telah hidup ceria dengan pelbagai warna yang diserap hasil didikan ibu bapa dan persekitarannya.



Semua yang terdetik di minda berkaitan pembentukan anak-anak sebenarnya dicetuskan oleh pemerhatian kami di LamanComelKami terhadap si putih White Wonga Vine selepas hujan semalam. Betapa ceria si putih memanjat pergola, semakin hari semakin jauh jangkauannya, juga rajin berbunga berkembang menyambut kepulangan kami setiap hari.

Pembaca semua ada pengalaman menarik dengan si putih salju ini? Silalah kongsi di ruangan komen. Sekian untuk hari ini, semoga ceria di samping insan tersayang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan